Isu dan kontroversi Hamzah_Zainudin

Saman Fitnah Harakah kerana balasan lantikan semula bekas ketua eksekutif Felcra

Pada 19 Januari 2004, beliau menyaman Ketua Pengarang Harakah dan tiga defendan lain berhubung dakwaan fitnah yang dibuat terhadapnya dalam satu laporan berita yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 Januari 2004. Hamzah dalam pernyataan tuntutannya lagi mendakwa, laporan berita itu telah memfitnah dirinya menerima wang sebanyak RM85,000 sebagai balasan kerana melantik semula bekas Ketua Eksekutif Felcra selepas tempoh perkhidmatannya tamat pada Disember 2002.[1]

Disaman Anwar kerana tuduhan mengacau isterinya

Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman terhadap beliau, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata fitnah dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife”.

Anwar mendakwa artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.[2]